PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR.

PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR.
Petua Tradisional, Petua Mengatasi Rambut Gugur
Petua Mengatasi Rambut Gugur
Menghadapi masalah rambut gugur? Memang ramai di kalangan kita mempunyai masalah rambut gugur ini. Kebiasaan nya rambut gugur tidak kira lelaki dan perempuan, muda ataupun berumur.

Disini disediakan beberapa petua tradisional bagaimana mengatasi masalah rambut gugur ini :

Petua 1:
Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: 
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: 
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4:
Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas.  Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5:
Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun.  Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama  9 hari.

Petua 6:
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 7:
Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 8:
Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Petua 9:
Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 10:
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

InshaAllah dengan izinNya masalah rambut gugur anda akan dapat diatasi. Mulakan dengan 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan kaedah-kaedah tradisional di atas ini anda boleh mencuba sendiri di rumah. Tetapi jika anda meragui ataupun was-was jangan dicuba @ cuba minta pendapat orang-orang lama. Sebenarnya banyak lagi petua orang-orang lama yang semakin diketepikan. Maklumlah zaman semakin maju dan berkembangnya penghasilan produk-produk kecantikan di pasaran sekarang, tetapi admin masih cuba mengekalkan kaedah dan petua tradisional ini supaya tidak ditelan zaman.



PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.

PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.
Petua Tradisional, Petua-Petua,
PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.

Ramai dikalangan kita mengambil supplement yang bermacam-macam dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Malah ada yang sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang begitu besar supaya dapat menurunkan berat badan mereka. 

Bagaimanapun di sekeliling kita semua terdapat cara-cara tradisional yang baik untuk diamalkan dan kosnya pun begitu murah. Salah satunya ialah air limau nipis. Jika diamalkan selalu inshaAllah berat badan yang kita inginkan akan mendatangkan hasil.

Cara-Caranya :

Ambil 2 biji limau nipis ataupun limau kasturi.

Perahkan dan ambil jusnya campurkan sedikit dengan air sejuk.

Jika ingin lebih sedap anda bolehlah menyimpannya di dalam peti sejuk.

Jadikan jus limau ini sebagai minuman setiap kali anda makan tengah hari ataupun makan malam.

Tetapi juga harus diingat bahawa minuman jus limau ini sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan senaman-senaman yang boleh mengurangkan berat badan.

Cuba amalkan meminum jus limau diikuti dengan senaman selama lebih kurang sebulan inshAllah berat badan anda akan berkurangan.

Selamat Mencuba


PETUA TRADISIONAL MERAPATKAN PERANAKAN.

PETUA TRADISIONAL MERAPATKAN PERANAKAN.
Petua, Petua Tradisional
Google Image
Apabila seseorang wanita bersalin, peranakan akan menjadi longgar dan tidak rapat. Pelbagai petua-petua dan amalan pemakanan diamalkan oleh hampir semua ibu selepas bersalin.

Mari kita baca petua-petua tradisional di bawah ini bagaimana merapatkan peranakan selepas bersalin.

Cuba amalkan memakan ulam lengkuas atau campurkannya dalam setiap hidangan makanan anda.

PETUA TRADISIONAL MENYEMBUHKAN LUKA DI RAHIM SELEPAS BERSALIN.

Cuba amalkan memakan ikan haruan selepas bersalin.

Amalkan meminum air madu lebah (asli sahaja). Selain dari meminumnya ambil madu lebah dan letakkan pada lampin/pad. Pakai seperti biasa dan amalkan setiap anda menukarnya.


Selamat Mencuba

TIPS PEMAKANAN PEMBAKAR LEMAK DAN KELANGSINGAN.

TIPS PEMAKANAN PEMBAKAR LEMAK DAN KELANGSINGAN.
Petua, Tips Langsing
Google Image
Pemakanan juga merupakan salah satu cara untuk membakar lemak dan untuk melangsingkan bentuk badan anda. Bersenam adalah faktor utama untuk membakar lemak tetapi kebanyakan dari kita agak sukar untuk mendisiplinkan untuk bersenam.

Hari ini kita akan berkongsi tips-tips makanan pembakar lemak dan cara untuk melangsingkan badan.

Beras PerangBeras perang mempunyai kandungan chromium yang tinggi, iaitu sejenis mineral yang dapat membantu melancarkan tahap gula dalam darah.

Meminum Teh Hijau
Cuba anda mengamalkan meminum teh hijau setiap petang untuk rasa segar semula. Teh hijau dapat meningkatkan hormon thyroxine dan metabolisme meningkat dalam beberapa jam selepas itu.
 
SardinIkan sardin ini bukan saja mengandungi tahap merkuri yang sedikit tetapi juga kaya dengan asid lemak. Ikan sardin juga mengandungi omega-3 serta vitamin B dan juga kandungan cholane.

SalmonIkan salmon kaya dengan  omega-3 dan asid lemak omega-6 yang membantu mengimbangi pengambilannya dalam tubuh. Kedua zat ini cukup untuk anda berasa kenyang dan tidak mahu makan lebih dari hidangan ini kerana ia mengurangkan peningkatan insulin dan bekalan lemak dalam badan.

Kacang Walnat
Kacang ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang menggalakkan pembakaran lemak dan berupaya membakar lebih kalori dalam sehari.






Diharap dengan tips-tips di atas dapat membantu anda semua membakar lemak dan melangsingkan badan anda dengan berkesan. InshaAllah jika diamalkan segala usaha anda akan berhasil.
 

PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.

PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Petua tradisional, PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Google Image
Kulit muka yang kasar akan menyebabkan seseorang itu akan tampak kelihatan seperti tidak menjaga kebersihan muka. Pelbagai produk mungkin dicuba dan dibeli dari kedai-kedai ataupun farmasi. Dibawah ini disertakan petua-petua dan tips-tips bagaimana menjaga kecantikan kulit muka dan menghaluskannya.

Cara-caranya:

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh bersama air dan juga sesudu tepung ubi. 
Selepas itu anda kacau sehingga ia menjadi pekat. 
Lumurkan kepada muka anda yang telah dibersihkan terlebih dahulu. 
Selepas itu biarkan kering sehingga lebih kurang 15 minit. 
Setelah ianya benar-benar kering bilaslah muka anda dengan air bersih.

Selain itu juga anda boleh amalkan amalan seperti di bawah:Pastikan anda mencuci muka pada setiap pagi dan malam.
Sapukan penyegar selepas setiap kali anda mencuci muka.
Cuba lakukan skrub muka anda setiap pagi.
Amalkan pemakaian `mask' muka
Anda juga harus banyak meminum air masak
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan menjaga muka anda.

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS.

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS. 
Petua, MENGHILANGKAN BAU TANDAS,

Tandas yang berbau akan meloyakan kita apabila memasuki tandas yang berbau busuk. Ini juga akan menjejaskan sekiranya ada tetamu yang datang ke rumah kita. Selain tempat tidur, tandas juga haruslah bersih dan berbau wangi. Ramai di antara kita membeli pewangi-pewangi di kedai-kedai untuk menghilangkan bau busuk.

Apa kata kita mencuba petua tradisional pula untuk menghilangkan bau busuk itu.

Cara-Cara Menghilangkan Bau Tandas :

Sekiranya anda peminum kopi, selalunya kita akan terus membuang hampas kopi tersebut.
Hampas kopi boleh menghilangkan bau tandas rumah anda.
Caranya sediakan hampas kopi yang telah dipakai dan masukkan ke dalam lubang tandas. 
Biarkannya seberapa lama yang mungkin dan setelah itu siramkan dengan air.
Mudah-mudahan hampas kopi ini akan menghilangkan terus bau busuk tandas anda.

Selamat Mencuba.

PETUA TRADISIONAL MENYEJUKKAN BADAN.

PETUA TRADISIONAL MENYEJUKKAN BADAN.
petua tradisional, sejukkan badan

Assalamualaikum semua. Ramai di kalangan kita mengalami badan yang panas atau berbahang. Ini bukan disebabkan demam panas tetapi disebabkan suhu dalam badan kita panas.

Berbagai cara boleh digunakan tetapi disini kita akan berkongsi menyejukkan badan secara petua tradisional.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyejukkan badan ;

2 biji buah epal
1 biji peria
1 cawan susu

Blenderkan semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi jus. Setelah siap anda boleh la terus meminumnya. Jika anda rasa susah atau mual anda boleh juga menambah ais untuk menambahkan kelazatannya.

Jus ini dapat mengurangkan panas di dalam badan anda dan sekaligus juga dapat menambahkan kesegaran badan anda.

Selamat Mencuba.

PETUA TRADISIONAL KILATKAN LANTAI JUBIN

PETUA TRADISIONAL KILATKAN LANTAI JUBIN.
Petua, Kilatkan lantai jubin

Assalamualaikum semua. Lantai jubin yang kilat memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Banyak jenis bahan-bahan kimia di pasaran yang boleh mengilatkan lantai jubin ini.

Tetapi jika menggunakan bahan-bahan kimia ini utk kilatkan lantai jubin anda mungkin akan membahayakan lebih-lebih keluarga yang mempunyai anak kecil yang masih merangkak atau meniarap.

Lantai jubin ini apabila lama kelamaan akan menjadi pudar dan kurang berkilat. Petua tradisional ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara kilatkan lantai jubin anda dengan cara tradisional tanpa menggunakan bahan-bahan kimia.

Ambil semangkuk kapur sireh dan lima sudu besar garam halus dan campurkan dengan setengah baldi air biasa. Gunakan air ini untuk membersihkan lantai jubin anda. Lakukannya sebanyak 3 kali seminggu.

menjadi pudar dan kurang berkilat lagi.Anda boleh mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan.

PETUA HALAU SEMUT DI RUMAH.

PETUA HALAU SEMUT DI RUMAH.
petua-petua tradisional. halau semut
Google Image
Rumah siapa yang tak bersemut? Sudah tentu jawapannya tidak kan? Semut memang sentiasa ada di dalam rumah kita apatah lagi jika sisa-sisa makanan dibiarkan di atas lantai. Pelbagai cara digunakan untuk menghalaunya tetapi masih akan kembali semut-semut ini.

Ada yang membeli racun semut di kedai-kedai hardware atau ada juga menggunakan kaedah petua orang-orang lama dahulu. Dibawah ini disediakan petua halau semut di rumah anda dengan cara tradisional.

CARA-CARA HALAU SEMUT.

Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak skan menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Ambil beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut.

Ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan pada timbunan gula. InshaAllah semut tidak akan menghampiri gula.

Cuba masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Kalau boleh jangan dikupas kulit bawang tersebut. 
 
Ambil kain bersih dan celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.
 
Letakkan timun di laluan semut tersebut.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat mengurangkan semut di rumah anda.

Selamat Mencuba.

PETUA MENGHALAU TIKUS DI RUMAH ANDA.

PETUA MENGHALAU TIKUS DI RUMAH ANDA.

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”).

Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi).

Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

Perangkap seekor tikus hidup-hidup. Gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika anda berjaya tangkap tikus, kurung ia 2 atau 3 hari dalam stor atau bilik air ataupun di tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari 4 bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.

Gunakan gajet eletronik yang dikenali sebagai “Ultrasonic Pest Reppeller” untuk menghalau tikus-tikus memasuki rumah anda. Alat ini dapat memberikan rasa kurang selesa kepada tikus-tikus. Bagi tikus-tikus yang berada dalam zon yang dipasang dengan gajet eletronik seperti "Ultrasonic Pest Reppeller" akan mengganggu mereka dengan bunyi ultra sound yang kurang menyenangkannya. Gajet ini juga mampu mengawal serangga lain seperti nyamuk lipas dan lain-lain serangga perosak.

Jika semua petua tidak berkesan juga, anda disarankan menghubungi syarikat pakar kawalan serangga untuk membantu anda menyelesaikan masalah ancaman tikus. Hubungi mana-mana pakar kawalan serangga atau syarikat Pest Control untuk sebarang bantuan.



Selamat mencuba


SUMBER

PETUA MENGHALAU LIPAS.

PETUA MENGHALAU LIPAS. 
Lipas seringkali mengganggu kita semasa berada di dalam rumah. Ini kerana tabiatnya yang suka menyelongkar makanan kita. Selalaunya lipas nie memang sukar untuk dihapuskan kerana lipas senang membiak di rumah kita.

Berikut beberapa petua tradisional cara-cara menghalau lipas.

Petua Menghalau Lipas

Lipas memang menggemari bau-bau yang busuk, oleh itu disyorkan anda mengambil sabun badan mandian yang berbau wangi tue dan letakkan ke tempat-tempat yang lipas selalu merewang tue. InshaAllah bau yang wangi itu akan menghalau lipas-lipas itu.
 
Cuba ambil limau atau timun dan letakkannya di tempat kebiasaan lipas akankelihatan. Potong kecil-kecil atau hiris-hiriskannya dan letaklah di tempat yang selalu lipas kelihatan.

 
Kapur barus juga berfungsi sebagai bahan alternatif untuk menghalau lipas. Anda bolehlah letakkannya untuk menghalau lipas. Tetapi jangan letak terlalu banyak kerana maklum lah bau kapur barus nie memang sensitif di kalangan masyarakat kita. 
 
Selain lipas lari, tetamu pun takut untuk berkunjung ke rumah anda nanti kerana bau kapur barus itu.

Petua Menghalau Lipas Dengan Daun Pandan
 
Jika semuanya telah anda lakukan ada satu lagi petua iaitu dengan menggunakan daun kari ataupun daun pandan. Cuma letakkannya sahaja di tempat-tempat lipas akan port tue.
 
Selain daripada menghalau lipas daun ini juga akan mewangikan lagi tempat itu dan menghilangkan bau-bau lipas itu.

Kesemua petua-petua tradisional di atas blehlah anda mencubanya. InshaAllah rumah anda diselamatkan dari lipas.

Selamat Mencuba.

PETUA MENGATASI KULIT KERING.

PETUA MENGATASI KULIT KERING.
Google Image
Banyak faktor yang mempengaruhi puncanya kulit kita kering. Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering.

Kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ramai dikalangan kita di Malaysia mengalami masalah kulit kering. Hari ini petua ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana petua tradisional boleh mengatasi masalah kulit kering ini.

 PETUA MENGATASI KULIT KERING. 

Anda haruslah minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada 8 gelas.
Amalakan pemakanan yang berkualiti tinggi yang kaya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada kulit kering.

Alkohol dan rokok adalah punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering. Cuba elakkannya.

Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering.

Elakkan membasuh muka anda lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Kerap mencuci muka dengan pembersih muka boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

Cukupkan waktu tidur anda 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Selamat Mencuba


SUMBER

PETUA TRADISIONAL MEMERAHKAN BIBIR

PETUA TRADISIONAL MEMERAHKAN BIBIR.
Google Image

Petua tradisional ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana memerahkan bibir anda menggunakan cara tradisional. Ramai di kalangan kita mengalami bibir yang kusam dan berwarna gelap. Petua tradisional telah menyediakan beberapa petua tradisional memerahkan bibir anda.

CARA PERTAMA.

Bersihkanlah bibir anda terlebih dahulu dari kekotoran ataupun lipstik anda.

Ambil madu dan sapukan ke seluruh bibir anda.

Cuba sapu sekerap yang mungkin. Sebaik-baiknya lakukan setiap malam sebelum anda tidur

InshaAllah bibir anda akan kelihatan kemerah-merahan dan cantik sejernih air di kali.

CARA KEDUA:

Ambil sebiji tomato dan ambil isinya sahaja.

Sapukan isi tomato itu ke bibir anda.

Sapukannya setiap hari dan beberapa kali sehari jika anda inginkan kesan yang cepat.

InshaAllah bibir anda akan merah bak buah tomato.

CARA KETIGA:

Ambil kunyit hidup dan campurkannya dengan sesudu pati santan.

Setelah sebati dan bercampur kedua-duanya sapukan ke bibir anda.

Cuba anda amalkan 3 kali seminggu.



PETUA TRADISIONAL MEMUDAHKAN BERSALIN.

Petua Tradisional Memudahkan Bersalin.
Google Image

Petua tradisional ingin berkongsi petua-petua tradisional sepanjang kehamilan anda. Petua tradisional ini amat berguna kepada para ibu yang sedang hamil. InshaAllah semoga dipermudahkan sewaktu menyambut kelahiran bayi anda nanti.

Cuba amalkan sekerap mungkin membaca Surah Yassin dan disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan bayi anda.

Amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus setelah hampir saat waktu bersalin anda.

Cuba amalkan meminum air lebihan minuman suami anda.

Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

Anda amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

Anda cuba minum air kelapa di saat hujung kehamilan dapat membantu membersihkan bayi.

Digalakkan juga amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

Cuba sekerap mungkin makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

Amalkan minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

Amalkan makan buah epal, minum susu dan air soya untuk mendapatkan kulit bayi yang putih dan bersih.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KETUAT.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KETUAT.
Google Image
Ramai di kalangan kita pernah alami ketuat di kaki atau di bahagian angota-anggota lain. Kebiasaannya ketuat ini akan timbul hanya kecil sahaja. Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras.

Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.
 
Petua tradisional ingin berkongsi dengan anda bagaimana menghilangkan ketuat ini.
  • Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri. 
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • InshaAllah ketuat anda akan hilang.

Selamat Mencuba.


SUMBER


PETUA TRADISONAL MENGHALANG PERTUMBUHAN BULU KETIAK.

PETUA TRADISONAL MENGHALANG PERTUMBUHAN BULU KETIAK.

Google Image
Bulu ketiak sememangnya apabila panjang akan mengeluarkan bau yang amat mantap. Ramai di antara kita tak kira wanita ataupun lelaki mempunyai bau ketiak yang kuat. Salah satu caranya ialah dengan memakai deodorant.

Bulu ketiak dan segala bulu di badan kita mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bulu ketiak akan bertindak sebagai anti-geseran semula jadi di antara celah ketiak. Bagaimanapun fungsinya yang utama adalah bulu ketiak dapat menghindarkan kelembapan kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah berkembangnya bakteria yang mengeluarkan bau. 

Petua tradisional ingin berkongsi dengan anda bagaimana dapat mengurangkan atau menghalang pertumbuhan bulu ketiak yang lebih lebat dan panjang terurai itu.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Kapur sirih
  • Kunyit hidup
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Terlebih dahulu anda haruslah mencabut bulu ketiak anda.
  • Cabutlah dengan apa cara sekalipun janji cabut yer.
  • Ambil ibu kunyit dan celupkannya ke dalam kapur sirih.
  • Kemudian setelah dicelup gosokkan ke ketiak anda.
  • Gosokkannya selama beberapa minit.
  • Setelah digosok basuhlah dengan air bersih jangan dibiarkan camtue aje nanti kuning melekat di ketiak anda.
  • Lakukannya beberapa kali sehingga masalah bulu ketiak yang sering menghantui hidup anda selesai.

Selamat Mencuba.


PETUA MENGHILANGKAN BULU LEBAT DI KAKI DAN TANGAN.

PETUA MENGHILANGKAN BULU LEBAT DI KAKI DAN TANGAN.
Google Image
Bulu kaki atau bulu tangan yang lebat mungkin akan mengurangkan daya tarikan seseorang wanita. Apatah lagi apabila berada di khalayak ramai. Memang ramai di kalangan wanita mempunyai bulu tangan atau kaki yang panjang dan lebat.

Sepeti biasa mereka akan menggunakan plaster yang dilekatkan ke tangan atau kaki dan akan terus menyentap dengan kuat. Ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Petua tradisional menyediakan petua tradisonal yang senang mudah didapati dan tidak menyakitkan kulit anda.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Limau nipis
  • Gula
CARA-CARA MEMBUANG BULU TANGAN DAN KAKI:
  • Perah kan sebiji buah limau nipis dan ambil jusnya sahaja.
  • Campurkan jus limau nipis tadi dengan dua sudu makan gula pasir
  • Sapukan pada tangan dan kaki anda yang mempunyai bulu yang lebat
  • Selepas itu biarkan selama 5 minit
  • Setelah dibiarkan 5 minit gosoklah bahagian yang disapu tadi dengan tapak tangan sehingga gula berguguran
  • Amalkan setiap hari dan insyallah selepas dua minggu bulu roma anda yang lebat akan berkurangan
  • Cuba buat sekerap yang anda mampu
Selamat Mencuba.

IKAN SALMON BAIK UNTUK KULIT.

IKAN SALMON BAIK UNTUK KULIT.
Google Image

Petua tradisional hari ini ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan ikan Salmon.

Ikan Salmon memang mempunyai khasiat yang baik untuk kulit kita. Ia juga dapat menghalang daripada berlakunya kedutan pada kulit kita.

Ikan Salmon juga dapat memelihara kulit agar tetap akan kelihatan sihat dan halus. Ikan Salmon ini juga kaya dengan lemak tak tepu Omega 3. Omega 3 dapat mengurangkan pengeluaran partikel yang menyebabkan radang di dalam tubuh.

Cuba anda jadikan ikan Salmon ini sebagai makanan ruji anda.

PETUA TRADISIONAL ASPARAGUS MEMBUANG TOKSIK DI DALAM BADAN.

PETUA TRADISIONAL MEMBUANG TOKSIK DI DALAM BADAN.
Google Image

Memang semua daripada kita mengandungi toksik yang banyak di dalam badan. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan yang mempunyai toksik yang banyak.

Salah satu makanan yang mampu membuang toksik di dalam badan kita ialah asparagus. Asparagus lebih dikenali sebagai 'asparagus officinalis'. Asparagus mengandungi pelbagai zat dan elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal.

Asparagus juga mengandungi sejenis bahan disebut 'asparajin' yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Cara yang baik ialah dengan mengambil jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi. Ia juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi masalah kulit seperti 'eczema' dan ruam serta menjadikan darah lebih bersifat alakali.

PETUA UNTUK MELEMBABKAN KULIT MUKA YANG KERING.

PETUA UNTUK MELEMBABKAN KULIT YANG KERING.




Google Image


Kulit muka yang kering akan menyebabkan kulit akan mengelupas. Ini disebabkan kekurangan air di dalam badan. Petua tradisional ingin berkongsi dengan anda bagaimana mengatasi masalah kulit kering ini.

CARA PERTAMA:

  • Ambil isi 1 biji buah avokado. 
  • Tumbuk lumat isi buah avokado hingga keadaannya menjadi seakan bubur.
  • Sapukannya secara nipis pada seluruh muka anda dan biarkan hingga kering.
  • Setelah kering, cuci muka anda dengan air suam. 
  • Kemudian cuci pula seluruh kulit muka anda dengan ais (air batu). 
  • Akhir sekali, lap muka anda dengan tuala @ kain lembut yang bersih secara perlahan-lahan.
 CARA KEDUA:
  • Ambil sedikit susu lembu penuh krim.
  • Sapukan susu tersebut ke seluruh muka anda.
  • Biarkan hingga ia kering atau lebih kurang dalam 20 - 30 minit.
  • Kemudian, cuci muka anda dengan air suam dan diikuti dengan beberapa ketul air batu (ais). 
Dengan petua-petua di atas anda boleh mencubanya. Jika anda ragu-ragu atau takut jangan cuba. 


SUMBER