PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR.

PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR.
Petua Tradisional, Petua Mengatasi Rambut Gugur
Petua Mengatasi Rambut Gugur
Menghadapi masalah rambut gugur? Memang ramai di kalangan kita mempunyai masalah rambut gugur ini. Kebiasaan nya rambut gugur tidak kira lelaki dan perempuan, muda ataupun berumur.

Disini disediakan beberapa petua tradisional bagaimana mengatasi masalah rambut gugur ini :

Petua 1:
Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: 
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: 
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4:
Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas.  Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5:
Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun.  Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama  9 hari.

Petua 6:
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 7:
Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 8:
Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Petua 9:
Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 10:
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

InshaAllah dengan izinNya masalah rambut gugur anda akan dapat diatasi. Mulakan dengan 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan kaedah-kaedah tradisional di atas ini anda boleh mencuba sendiri di rumah. Tetapi jika anda meragui ataupun was-was jangan dicuba @ cuba minta pendapat orang-orang lama. Sebenarnya banyak lagi petua orang-orang lama yang semakin diketepikan. Maklumlah zaman semakin maju dan berkembangnya penghasilan produk-produk kecantikan di pasaran sekarang, tetapi admin masih cuba mengekalkan kaedah dan petua tradisional ini supaya tidak ditelan zaman.



PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.

PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.
Petua Tradisional, Petua-Petua,
PETUA KESIHATAN TRADISIONAL MENURUNKAN BERAT BADAN.

Ramai dikalangan kita mengambil supplement yang bermacam-macam dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Malah ada yang sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang begitu besar supaya dapat menurunkan berat badan mereka. 

Bagaimanapun di sekeliling kita semua terdapat cara-cara tradisional yang baik untuk diamalkan dan kosnya pun begitu murah. Salah satunya ialah air limau nipis. Jika diamalkan selalu inshaAllah berat badan yang kita inginkan akan mendatangkan hasil.

Cara-Caranya :

Ambil 2 biji limau nipis ataupun limau kasturi.

Perahkan dan ambil jusnya campurkan sedikit dengan air sejuk.

Jika ingin lebih sedap anda bolehlah menyimpannya di dalam peti sejuk.

Jadikan jus limau ini sebagai minuman setiap kali anda makan tengah hari ataupun makan malam.

Tetapi juga harus diingat bahawa minuman jus limau ini sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan senaman-senaman yang boleh mengurangkan berat badan.

Cuba amalkan meminum jus limau diikuti dengan senaman selama lebih kurang sebulan inshAllah berat badan anda akan berkurangan.

Selamat Mencuba


PETUA TRADISIONAL MERAPATKAN PERANAKAN.

PETUA TRADISIONAL MERAPATKAN PERANAKAN.
Petua, Petua Tradisional
Google Image
Apabila seseorang wanita bersalin, peranakan akan menjadi longgar dan tidak rapat. Pelbagai petua-petua dan amalan pemakanan diamalkan oleh hampir semua ibu selepas bersalin.

Mari kita baca petua-petua tradisional di bawah ini bagaimana merapatkan peranakan selepas bersalin.

Cuba amalkan memakan ulam lengkuas atau campurkannya dalam setiap hidangan makanan anda.

PETUA TRADISIONAL MENYEMBUHKAN LUKA DI RAHIM SELEPAS BERSALIN.

Cuba amalkan memakan ikan haruan selepas bersalin.

Amalkan meminum air madu lebah (asli sahaja). Selain dari meminumnya ambil madu lebah dan letakkan pada lampin/pad. Pakai seperti biasa dan amalkan setiap anda menukarnya.


Selamat Mencuba

TIPS PEMAKANAN PEMBAKAR LEMAK DAN KELANGSINGAN.

TIPS PEMAKANAN PEMBAKAR LEMAK DAN KELANGSINGAN.
Petua, Tips Langsing
Google Image
Pemakanan juga merupakan salah satu cara untuk membakar lemak dan untuk melangsingkan bentuk badan anda. Bersenam adalah faktor utama untuk membakar lemak tetapi kebanyakan dari kita agak sukar untuk mendisiplinkan untuk bersenam.

Hari ini kita akan berkongsi tips-tips makanan pembakar lemak dan cara untuk melangsingkan badan.

Beras PerangBeras perang mempunyai kandungan chromium yang tinggi, iaitu sejenis mineral yang dapat membantu melancarkan tahap gula dalam darah.

Meminum Teh Hijau
Cuba anda mengamalkan meminum teh hijau setiap petang untuk rasa segar semula. Teh hijau dapat meningkatkan hormon thyroxine dan metabolisme meningkat dalam beberapa jam selepas itu.
 
SardinIkan sardin ini bukan saja mengandungi tahap merkuri yang sedikit tetapi juga kaya dengan asid lemak. Ikan sardin juga mengandungi omega-3 serta vitamin B dan juga kandungan cholane.

SalmonIkan salmon kaya dengan  omega-3 dan asid lemak omega-6 yang membantu mengimbangi pengambilannya dalam tubuh. Kedua zat ini cukup untuk anda berasa kenyang dan tidak mahu makan lebih dari hidangan ini kerana ia mengurangkan peningkatan insulin dan bekalan lemak dalam badan.

Kacang Walnat
Kacang ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang menggalakkan pembakaran lemak dan berupaya membakar lebih kalori dalam sehari.






Diharap dengan tips-tips di atas dapat membantu anda semua membakar lemak dan melangsingkan badan anda dengan berkesan. InshaAllah jika diamalkan segala usaha anda akan berhasil.
 

PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.

PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Petua tradisional, PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA.
Google Image
Kulit muka yang kasar akan menyebabkan seseorang itu akan tampak kelihatan seperti tidak menjaga kebersihan muka. Pelbagai produk mungkin dicuba dan dibeli dari kedai-kedai ataupun farmasi. Dibawah ini disertakan petua-petua dan tips-tips bagaimana menjaga kecantikan kulit muka dan menghaluskannya.

Cara-caranya:

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh bersama air dan juga sesudu tepung ubi. 
Selepas itu anda kacau sehingga ia menjadi pekat. 
Lumurkan kepada muka anda yang telah dibersihkan terlebih dahulu. 
Selepas itu biarkan kering sehingga lebih kurang 15 minit. 
Setelah ianya benar-benar kering bilaslah muka anda dengan air bersih.

Selain itu juga anda boleh amalkan amalan seperti di bawah:Pastikan anda mencuci muka pada setiap pagi dan malam.
Sapukan penyegar selepas setiap kali anda mencuci muka.
Cuba lakukan skrub muka anda setiap pagi.
Amalkan pemakaian `mask' muka
Anda juga harus banyak meminum air masak
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan menjaga muka anda.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN PANAU.

PETUA MENGHILANGKAN PANAU.
Petua, Petua Tradisional, PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN PANAU.
Google Image
Ramai dikalangan kita mempunyai panau. Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan.

Panau ini akan menyebabkan kulit seseorang akan kelihatan tidak menarik dan cantik. Mari kita cuba amalkan petua-petua tradisional di bawah  ini untuk menghilangkan panau.

Cara-Caranya:

Cara 1:

Campurkan dan tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. 
Kemudian sapu ia pada bahagian kulit yang terkena panau. 
Selepas beberapa minit, bilaskan ia dengan air bersih.

Cara 2:

Ambil sepotong bawang putih dan sapukannya pada bahagian yang terkena panau.

Sapukannya sehingga kulit anda rasa perit dan berwarna merah. 
Cuba lakukannya sekerap mungkin sehingga panau anda beransur hilang.

Cara 3:
Ambil air lengkuas dan sapukan pada bahagian badan yang terkena panau. 

Cara 3:

Ambil  daun pinang dan tumbuk sehingga lumat.

Setelah lumat sapukan pada tompok panau.

Cara 4:

Tumbuk daun belimbing sehingga lumat. 

Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. 
Setelah dicampurkan tampalkan ramuan tersebut pada tompok panau. 
Cuba lakukannya pada setiap hari sehingga panau beransur hilang.

Jika anda amalkan salah satu di atas yang berkesan pada panau, anda boleh teruskannya. Cubalah ianya sekerap mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Jika ada apa-apa kesan yang agak mencurigakan segeralah berjumpa dengan doktor untu mengelak sekiranya kulit anda mengalami alahan.

Selamat Mencuba.

PETUA-PETUA MENCANTIKKAN MATA.

PETUA-PETUA MENCANTIKKAN MATA.
Google Image
Assalamualaikum. Hari ini kita akan berkongsi tentang petua menjaga dan mencantikkan mata. Petua ini amat baik digunakan untuk menghilangkan kesan lebam atau lebam di bawah mata. Apabila seseorang mempunyai mata yang seakan lebam atau lingkaran gelap di bawah matanya, dia akan kelihatan sepeti tidak bermaya dan lesu.

Kita akan berkongsi petua tradisional bagi menghilangkannya dengan menggunakan ubi kentang.

Cara-Caranya:

Sediakan ubi kentang.

Kupaskan ubi kentang tersebut dan bersihkannya

Kemudian anda hancurkan ubi kentang tersebut sehingga betul-betul hancur dan halus.

Setelah hancur anda letakkannya ke atas kain yang bersih dan bersih.

Tekapkan kain tersebut ke bahagian bawah anda.

Pastikan anda sapukannya dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak terkena mata.

Setelah disapu biarkannya selama lebih kurang 10 hingga ke 20 minit.

Akhir sekali anda basuhlah dengan menggunakan air yang benar-benar bersih.

Cuba amalkan petua ini secara konsisten dan setiap hari.

InshaAllah lebam di bawah mata anda akan hilang.

Selamat Mencuba.




TIPS MENDAPATKAN ANAK LELAKI.

TIPS MENDAPATKAN ANAK LELAKI.
Petua Tradisional, Tips dapat Anak Lelaki
Gambar Hiasan
Ramai di kalangan kita inginkan anak lelaki. maklumlah semua yang keluar semuanya perempuan. Teringin jugak anak lelaki kan? Selain dari mendapatkan rundingan dari pakar dan mengambil ubat-ubatan, kita juga boleh melakukannya dengan tips-tips dan petua-petua tradisional di bawah ini.

Mari kita baca bagaimanakah cara-caranya:

Waktu subur isteri

  • Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran dengan waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi time tu. 
  • Kita tak digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi tu. Sebabnya kita nak kekalkan jumlah sperma yg tinggi. Seorang lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.

Teknik hubungan intim
  • Salah satu cara untuk dapatkan anak lelaki adalah teknik doggie style. Sebabnya teknik ini membenarkan penis suami lebih dekat dengan serviks dan jarak penjalanan yg lebih pendek membenarkan sperma Y yg agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Sebab tu hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma X.
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.

Pemakanan
  • Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yg masin seperti keropok pon digalakkan.
  • Elakkan makan makanan berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
  • Suami harus minum banyak minuman yg banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubungan seks. Ini untuk merangsang sperma Y yg lebih aktif.

Tahap kealkalian faraj
  • Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali. Kita dicadangkan menukar cecairan faraj kepada beralkali dengan memasukkan cecair bikarbonat yg beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat ni boleh dibeli di farmasi. 

Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami
  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri seharusnya mendapat kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yg boleh merangsang pergerakan sperma Y.

Amcam dengan tips-tips di atas? Bolehkah kita cuba dengan tips di atas?

Selamat Mencuba yer.

KREDIT Sumber

PETUA TRADISIONAL MEMANJANGKAN RAMBUT.

PETUA TRADISIONAL MEMANJANGKAN RAMBUT.
Google Image
Rambut adalah mahkota bagi wanita. Rambut yang panjang, cantik dan sihat akan menampakkan seseorang wanita itu lebih anggun dan feminin. Walau bagaimanapun untuk penjagaan rambut yang panjang agak amat sukar. Tetapi ramai wanita yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan cepat dan berkesan. Pelbagai produk di luar sana yang menjual khas untuk memanjangkan rambut. Tetapi keberkesanannya? Bagaimana pula dengan kos?

Hari ini petuo ingin berkongsi dengan wanita tips atau petua tradisional bagaimana memanjangkan rambut anda.

1. Membeli produk rawatan rambut yang mahal tidak berguna sekiranya ia mengandungi banyak bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut.
 
2. Elakkan menggunakan produk rambut seperti penyembur rambut atau gel rambut setiap hari.
 
3. Jangan cuci rambut setiap hari. Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas.
 
4. Cara anda mengikat rambut turut memberi impak kepada akar rambut anda. Jangan ikat terlalu ketat dan lebih baik sekiranya anda kurangkan mengikat rambut setiap hari.
 
5. Mengurut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda.
 
6. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat.
 
7. Menyikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.
 
8. Mengubah belahan rambut juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda sudah biasa dengan belahan di sebelah kiri, cuba ubah ke sebelah kanan pula. Ini dapat mengubah pengaliran darah dan dapat meransang folikel rambut anda.
 
9. Minyak zaitun mempunyai kandungan semula jadi yang bagus untuk kesuburan rambut. Gunakan minyak zaitun setiap hujung minggu. Sapukannya pada kulit kepala dan urutkan kepala anda sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.
 
10. Teh hijau sememangnya kaya dengan anti-oksidan. Anda boleh membilas rambut anda dengan teh hijau organik dan urut kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit kepala yang bersih dan segar boleh menyihatkan lagi akar rambut anda.


Jika anda amalkan semua tips di atas inshaAllah rambut anda akan cepat panjang.


SUMBER

PETUA AGAR DISAYANGI SUAMI.

PETUA AGAR DISAYANGI SUAMI.
Google Image
Assalamualaikum semua. Siapa tak sayang bini dan siapa tak sayang isteri? Soalan ini sering bermain di kepala setiap insan yang telah berumahtangga. Hidup berumahtangga memerlukan sifat kesabaran yang tinggi dan saling memahami. Kadang-kadang kita terleka dan mengabaikan tanggungjawab kita tidak kira samada sebagai isteri ataupun suami.
Seringkali kita mendengar rumahtangga dilanda badai. Apapun jalan penyelesaian masih boleh dicari. Jangan mengikut perasaan amarah kita hingga boleh meruntuhkan keutuhan rumahtangga kita. Di bawah ini disertakan beberapa petua dan tips KHAS untuk wanita yang bergelar isteri. 
Tips dan petua agar disayangi suami ini adalah dari pakar motivasi popular dan terkenal Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
1. Berdoa agar disayangiSelain kita berusaha membina keluarga yang bahagia,  Sentiasa berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita adalah cara yang terbaik kita lakukan terutamanya selepas solat.
2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yg sesuai). Kalau suami tengah penat atau kelihatan tertekan, janganlah pula kita sebagai isteri menambahkan lagi stress mereka dengan bertanya soalan-soalan yang menjengkelkan.
4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalahsimpati.
6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.
7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8. Masak makanan kegemaran suami.
9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. Janganlah dikutuk suami sebab perut dah boroi ke, rambut tak kemas ke , nanti kecil hati si suami. ^_^
10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya.
12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.
13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik 2 kali sehari. Contohnya, I love you, suamiku, ibu sayang ayah sangat-sangat dan macam-macam lagi.
16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan salahkan suami.
17. Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.
18. Bila memesan barang kepada suami yang ke kedai,senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua tiga kali.
19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.
22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang.
23. Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
24. Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.
25. Bila meminta bantuan suami: Terangkan kepada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.
26. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.
27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Janganlah si isteri agak comot di rumah, rambut tak terurus dan memakai pakaian lusuh atau yang tak menyelerakan. Hehe
28. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan org lain.
29. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.
31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
32. Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.
34. Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.
35. Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.
36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.
37. Cepat bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
38. Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.
39. Lebihkan suami daripada anak-anak. Kadang-kadang, si isteri dah terlupa suami bila dah bersama anak-anak sehingga kebajikan dan hal suami pun tak terurus dengan alasan sibuk melayan anak-anak. Si isteri kena pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan suami.
40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya.
41. Tolong suami mencuci kereta, potong rambut dan sebagainya.
42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
43. Pergi dating atau berbulan madu.
44. Jika suami melakukan kesilapan, jangan tempelak atau pulangkan paku buah keras.
45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
46. Selalu urut suami. Kalau boleh, si isteri perlu belajar cara melakukan urutan-urutan yang berkesan dan selesa untuk suami. Mesti suami lebih kagum dan rasa nak bersama dengan isteri je. ^_^
47. Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.
48. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.
49. Layan suami seperti semasa berkawan dulu.
50. Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51. Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.
52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.
53. Bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54. Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.
55. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat biasa.
56. Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.
57. Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
59. Jangan dera suami fizikal dan batin.
60. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya.
61. Beri tindak balas positif jika suami bercerita. Janganlah kita buat layan, tak layan. Kesian si suami.
62. Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.
63. Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.
65. Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu.
66. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
67. Cari masa untuk berdua-duaan.
68. Lakukan riadah bersama suami.
69. Pergi berkelah sekali-sekala.
70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam pengetahuannya atau tidak).
71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.
72. Berikan apa yang dihajati suami.
73. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
74. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75. Lakukan ibadah bersama. Terbaik suami menjadi imam ketika solat.
76. Jangan menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.
77. Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu untuk isteri.
78. Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.
79. Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.
80. Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih sayang. Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.
81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.
82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.
83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.
84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.
87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.
88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.
89. Jangan cabar suami.
90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.
91. Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92. Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.
93. Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu ‘membaca’ perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya ‘suami bermasalah’ sahaja tidak sayangkan isteri.
94. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95. Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96. Untuk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.
98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.
99. Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.
Apabila kita membacanya, kita dapati amat mudah dan senang untuk melaksanakannya. Tetapi apabila ingin melakukannya adalah amat sukar sekiranya sifat ego dan angkuh bersarang di hati kita. Ingatlah, Allah tidak menjadikan akal fikiran untuk menentang kebenaran sekiranya suami kita bersikap adil dan menyayangi kita.
Selamat Membaca Dan Selamat Beramal.