PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR.
Menghadapi masalah rambut gugur? Memang ramai di kalangan kita mempunyai masalah rambut gugur ini. Kebiasaan nya rambut gugur tidak kira lelaki dan perempuan, muda ataupun berumur.
Disini disediakan beberapa petua tradisional bagaimana mengatasi masalah rambut gugur ini :
Petua 1:
Petua Mengatasi Rambut Gugur |
Disini disediakan beberapa petua tradisional bagaimana mengatasi masalah rambut gugur ini :
Petua 1:
Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
Petua 2:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 3:
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Petua 4:
Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Petua 5:
Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun. Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama 9 hari.
Petua 6:
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.
Petua 7:
Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.
Petua 8:
Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.
Petua 9:
Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
Petua 10:
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.
InshaAllah dengan izinNya masalah rambut gugur anda akan dapat diatasi. Mulakan dengan
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan kaedah-kaedah tradisional di atas ini anda boleh mencuba sendiri di rumah. Tetapi jika anda meragui ataupun was-was jangan dicuba @ cuba minta pendapat orang-orang lama. Sebenarnya banyak lagi petua orang-orang lama yang semakin diketepikan. Maklumlah zaman semakin maju dan berkembangnya penghasilan produk-produk kecantikan di pasaran sekarang, tetapi admin masih cuba mengekalkan kaedah dan petua tradisional ini supaya tidak ditelan zaman.