Tips Mengatasi Faraj Yang Berbau Dan Gatal.
Tips Mengatasi Faraj Yang Berbau Dan Gatal |
Assalamualaikum semua pembaca. Masalah faraj yang gatal dan berbau adalah masalah yang biasa dihidapi oleh hampir semua wanita.
Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua cara-cara mengatasi masalah faraj gatal dan berbau dengan petua tradisional menggunakan bahan-bahan asli.
Cara-Caranya:
1. Anda ambil lebih kurang secekak pucuk pegaga. Pastikan diambil dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Selepas itu rebuslah pucuk pegaga tadi dan dicampurkan dengan 2 gelas air yang bersih.
3. Sementara itu masukkan sedikit garam kedalam air rebusan pucuk pegaga itu.
4. Biarkan sehingga mendidih , setelah mendidih biarkan seketika sehingga sejuk.
5. Setelah sejuk, anda tapiskan terlebih dahulu air rebusan itu.
6. Amalkan meminum air rebusan pucuk pegaga tersebut 2 kali sehari.
7. Cuba amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa kegatalan di faraj anda itu sembuh.
InshaAllah semua masalah gatal, keputihan dan bau yang tidak enak di faraj anda akan selesai sepenuhnya.
Selepas ini anda tidak lagi berasa takut apabila bersama dengan suami anda.
Dan juga akan bertambahlah kasih sayang suami anda kepada anda.
Selamat Mencuba.