PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN KULIT MUKA.

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN KULIT MUKA.

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN KULIT MUKA.
Apabila umur meningkat naik kelihatan kulit muka kita akan menjadi berkedut dan kurang berseri. Ini adalah disebabkan pertukaran hormon di kala usia kita meningkat naik. 

Antara penyebab kulit muka menjadi berkedut adalah :

1. Faktor Usia Yang Meningkat. Apabila usia semakin meningkat, paras hormon dalam badan akan berkurangan. Bagi wanita yang telah menopous, hormon estrogen yang berperanan penting dalam penghasilan kologen akan berkurangan dan menyebabkan kulit hilang keanjalan. Sel-sel di dalam badan juga kurang aktif
2. Graviti Daya tarikan graviti yang menarik semua objek ke bumi mempunyai kesan yang sama terhadap kulit kita.
3. Terdedah Pada Pancaran Matahari Sinaran matahari yang kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur melalui proses pengoksidaan.
4. Kulit Kekurangan Air Sekiranya kulit mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, kulit akan kendur dan berkedut.
5. Kurang Pengambilan Vitamin Kulit memerlukan vitamin A dan C untuk menghasilkan kologen. Oleh yang demikian, kekurangan vitamin A dan C boleh menyebabkan kulit kendur dan berkedut.
6. Tabiat Berulang Sekiranya kita suka tidur di sebelah tertentu, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada sebelah muka yang terhimpit. Sekiranya seseorang itu suka mengerutkan dahi, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada dahi

Antara-antara petua yang boleh diamalkan ialah ;

Cuba anda ambil tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan terlebih dahulu timun tersebut dan kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu. Kacaukannya dengan air yang sedikit. Jangan terlebih air nanti terlampau cair pula.

Setelah sebati sapukan ke muka anda. Biarkan seketika sehingga kering. Setelah kering basuh dengan air bersih. Semoga amalan ini akan menegangkan kulit muka anda dan menjadikan kulit muka kita akan bertambah segar bugar.


Selamat Mencuba