PETUA TRADISIONAL MEMBUANG LEMAK BADAN.

PETUA TRADISIONAL MEMBUANG LEMAK BADAN.





Google Image


Ramai di kalangan kita mengalami lemak yang berlebihan di badan terutamanya di bahagian perut dan paha. Apabila lemak badan berlebihan ini akan menyebabkan potongan badan akan menjadi lebih besar dan of coz la tidak cantik kan?

Berat badan anda akan bertambah apabila anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan tidak berjadual dan lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. 

Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Terdapat banyak faktor penyebab yang mendorong berat badan berlebihan. Diantaranya adalah disebabkan oleh;
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif
Petua tradisional ingin berkongsi maklumat bagaimana anda boleh membuang lemak di badan dengan cara tradisional.
Petua 1 : 
  • Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.
Petua 2 : 
  • Ambil asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Cuba amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.