PETUA MELEMBUTKAN RAMBUT YANG KASAR.

PETUA MELEMBUTKAN RAMBUT YANG KASAR.

Google Image

Ramai wanita dan lelaki di luar sana yang mempunyai rambut yang kasar. Rambut yang kasar amat merumitkan apatah lagi membentuknya. Ramai juga yang berpendapat bahawa rambut kasar akan lebih berpotensi untuk ditumbuhi uban secepat yang mungkin.

Petuo tradisional ingin berkongsi dengan anda bagaimana dan cara-cara untuk melembutkan rambut anda yang kasar supaya ianya akan jadi lembut dan cantik.

Cara-caranya ialah dengan mengambil daun kangkung dan letakkan ke dalam mangkuk. Selepas itu masukkan air ke dalam mangkuk itu. Ramas daun kangkung tersebut hingga mengeluarkan lendirnya.

Ambil lendir tersebut dan sapukan ke rambut anda secara rata. Biarkan selama 1 minit dan setelah itu cucilah rambut anda atau bilas dengan air bersih. Lakukan ini sekerap yang mungkin.

InshaAllah anda akan lihat perbezaannya selepas itu. Cuba lakukannya sekerap yang anda boleh.

Selamat Mencuba.