Google Image |
Selain memperoleh makanan seimbang, kulit muka harus dijaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih, menyegar dan melembap. Tidak kira sama ada anda menggunakan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya, tidak boleh tidak ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan pada setiap pagi dan malam.
Selain penjagaan luaran, seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan, begitu juga dengan kulit muka anda. Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan menyebabkan kulit kurang mengendur, tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.
Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus.
Tidur yang cukup
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
Elak bermekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan.
Lakukan rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri.
Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
Elak tekanan
Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
Anggap diri hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.
Ketawa
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.
Tip kecantikan wajah:
Sama ada lelaki atau wanita seharusnya menjaga kulit mereka daripada sebarang masalah.
Antaranya dengan:
1. Cuci tangan sebelum menyentuh wajah anda.
2. Lakukan pembersihan kulit pada pagi dan malam kerana pada awal pagi kulit mengeluarkan lemak dan kotoran manakala pada waktu malam walaupun anda tidak memakai mekap kulit mudah menerima kotoran.
3. Pada waktu malam luangkan masa untuk membuat urutan bagi melancarkan peredaran darah dan sel baru.
Urutan lembut selama dua minit dapat menghilangkan keletihan, menenangkan wajah dan memberi kecerahan kepada kulit dan menghilangkan kedutan.
SUMBER