Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik.

Petua Dan Tips Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik.

Google Image
Alat sulit wanita adalah merupakan kawasan yang paling sensitif dalam tubuh badan wanita. Ia memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan teliti. Kurang mengambil berat akan kebersihannya akan menyebabkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit.


Petua tradisional di bawah akan merungkai pelbagai tips dan cara-cara merawat dan menjaga alat sulit wanita agar terpelihara kebersihannya sekaligus mengelak penyakit.

1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar. Anda digalakkan membilasnya sampai bersih, iaitu dengan menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak dan akan menyebabkan penyakit kulit.

2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan anda. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Jadi berhati-hati ketika memilih tisu.

3. Digalakkan menggantikan seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Anda harus memilih seluar dalam yang mudah untuk menyerap peluh dan diperbuat daripada kapas.

4. Cuba elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan otot faraj akan ditekan dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans yang ketat akan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut.

5. Anda cuba elakkan menggunakan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan sahaja.

6. Sila gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang agak lembut dan keringsupaya ia tidak menimbulkan iritasi ketika anda haid. Seelok-eloknya gantilah pad anda sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Ini kerana darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium @ pemangkin yang akan menyebabkan pembiakan kuman penyebab jangkitan.

7. Cuba elakkan menggunakan cecair khusus pembersihan organ intim secara berterusan kerana ia akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Apabila anda kerap memakainya, secra tidak langsung ia akan membunuh bakteria baik di dalam faraj sekaligus akan menyebabkan tumbuhnya cendawan. Apabila adanya cendawan, akan muncul gatal-gatal di kawasan organ intim anda.

8. Cuba anda elakkan melakukan hubungan seksual semasa anda berada di dalam haid. Kerana  apabila menstruasi , dinding rahim cenderung lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan luka.

9. Amalkan hidup dengan gembira dan tenang. Cuba elakkan stres berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan teratur bersenam dan pengambilan makanan seimbang.