PETUA-PETUA TRADISIONAL PEWANGI BADAN.

Ambil 9 batang serai wangi, 7 helai daun limau nipis dan secekak bunga tanjung. Didihkan seperiuk kecil air. Masukkan kedua-dua bunga tanjung dan serai wangi ke dalam periuk. Sebeblum itu bahan-bahan itu hendaklah di potong lebih kurang sejengkal.

Biarkan baha-bahan itu sebentar dan kemudian barulah masukkan daun limau nipis. Selepas itu biarkan selama 5 minit dan tambahkan air dimasak itu sehingga 3 kali ganda dari sebelumnya.

Air ini digunakan untuk mandian pada waktu pagi sahaja. Lakukan selama 2 bulan. Hasilnya anda akan dapati kulit anda akan lebih putih, licin dan berseri-seri.

InsyaAllah anda cuba amalkan.

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGUBATI SAKIT GIGI.

Sakit gigi amat menyeksakan dan boleh menyebabkan keadaan emosi yang tidak menentu. Malah seseorang yang sakit gigi akan sentiasa marah apabila sakit gigi yang teramat sangat dan berdenyut-denyut.

Anda boleh mencuba petua tradisional di bawah untuk menghilangkan sakitnya.

Ambil bunga cengkih 5@6 biji dan direbus bersama-sama sedikit garam.

Biarkan seketika sehingga sejuk dan cuba kumur-kumurkan untuk beberapa ketika.

Amalkan sehingga kesakitan gigi anda hilang.

Insyaallah..

Selamat Mencuba..

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGUBATI PECAH-PECAH DI DALAM MULUT.

Apabila seseorang kurang minum air tambahan pula keadaan cuaca yang panas akan mengakibatkan kerap berlaku pecah-pecah di dalam mulut.

Anda boleh cuba mengamalkan petua-petua tradisional ini dengan mengambil getah daun senduduk.

Gosokkan getah daun senduduk tersebut ke bahagian yang sakit serta merta. Pecah-pecah di dalam mulut akan hilang jika anda amalkan selalu. InsyaAllah.

Selamat Mencuba..

10 TIPS DAN PETUA UNTUK KESIHATAN RAMBUT.

10 TIPS DAN PETUA UNTUK KESIHATAN RAMBUT.
petua, petua tradisional, 10 TIPS DAN PETUA UNTUK KESIHATAN RAMBUT.

Sememangnya rambut adalah mahkota bagi setiap orang terutama sekali wanita. Tidak kira samada bertudung ataupun tidak. Rambut yang panjang, pendek, lurus atau kerinting, setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan menghabiskan masa dan tenaga untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Ada juga yang sanggup berbelanja ratusan ringgit setiap bulan ke salun hanya untuk mendapatkan rawatan terbaik demi makhkota diri semulajadi ini. Ketahui cara ringkas untuk rambut yang kekal sihat dengan tips berikut;

Tips atau petua yang boleh diamalkan:

Ikan salmon dan telur antara sumber protein yang baik untuk rambut anda.

Gunakan shampu dan pelembap yang sesuai dengan jenis rambut. Ingat, jangan selalu menukar shampu!

Makanan seimbang dan tidur yang cukup antara faktor penting dengan kesihatan rambut anda.

Untuk mendapatkan rambut yang kuat dan panjang, elakkan dari merokok, minum minuman berkafiena juga berkarbonat.

Jika anda berambut panjang, trim setiap enam hingga lapan minggu untuk membuag cabang pada hujung rambut.

Gunakan sikat yang diperbuat daripada bahan semulajadi untuk mengurangkan kerosakan rambut.

Kala menggunakan pengering rambut elektrik, elakkan daripada menggunkan suhu yang paling panas.

Campurkan sebiji telur bersama sedikit shampu dan biarkan selama lima minit untuk bekalan sumber protein.

Semburkan wangian kegemaran anda bersama gel rambut supaya rambut anda sentiasa kekal harum.

Balutkan rambut selepas mandi dengan tuala untuk mengelakkan rambut bercabang.

Sila anda amalkan petua atau tips-tips di atas supaya rambut anda akan kekal cantik dan sihat.

selamat mencuba.


SUMBER

PETUA TRADISIONAL MEMECAHKAN LEMAK DI BADAN.

PETUA TRADISIONAL MEMECAHKAN LEMAK DI BADAN.
Petua-Petua Tradisional, PETUA TRADISIONAL MEMECAHKAN LEMAK DI BADAN.
Google Image
Assalamualaikum semua.

Ramai di antara kita mengalami lemak yang berlebihan di badan terutama di peha, lengan, perut dan betis. Ramai juga yang terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak dan besar semata-mata untuk membuang lemak di badan.

Semua orang inginkan penampilan yang langsing dan kurus. Tidak semua perbelanjaan yang kita keluarkan untuk membuang lemak di anggota badan berkesan dan memberi hasil yang memuaskan.

Apa kata kita cuba membuang lemak dengan menggunakan petua tradisional dan juga hanya memerlukan kos perbelanjaan yang sedikit sahaja.

Bahan-Bahannya:

Kapur sirih
Limau nipis
Ragi

Cara-Caranya:

Campurkan kapur sirih, limau nipis dan ragi.
Gaulkan semua bahan tersebut hingga sebati.
Setelah semuanya sebati sapukan ke bahagian yang anda ingin membuang lemak tersebut seperti peha dan lain-lain tempat yang anda ingini.
Cuba amalkan selalu dan sekerap mungkin.
Anda akan nampak hasilnya inshaAllah.

Selamat Mencuba.






PETUA TRADISIONAL ATASI KEDUTAN DI WAJAH.

PETUA TRADISIONAL ATASI KEDUTAN DI WAJAH.
Petua Tradisional, PETUA TRADISIONAL ATASI KEDUTAN DI WAJAH.
Google Image
Apabila umur meningkat pelbagai perubahan yang berlaku kepada kita semua samada hormon, tumbuhnya uban dan juga berlakunya kedutan di wajah mulai timbul. Banyak kaedah dapat di laksanakan untuk mencegah kedut di wajah samada dari produk-produk kecantikan ataupun petua-petua orang lama.

Hari ini kita akan berkongsi petua tradisional mencegah kedutan di wajah.

Cara-Caranya:

Ambil pisang dan potong secara kecil-kecil.
Kemudian dikisar sehingga ianya halus.
Setelah itu sapukan pisang tadi yang sudah menjadi krim ke wajah anda.
Biarkan selama 10 minit ataupun lebih.
Selepas itu bilas muka anda dengan air suam dan kemudian dengan air bersih.
Cuba lakukan seminggu sekali.
Anda akan lihat perbezaannnya sekiranya anda amalkan selalu tanpa jemu.

Selamat Mencuba.

PETUA MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT

PETUA MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT
petua, petua tradisional, PETUA MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT
Google Image
Assalamualaikum semua. Ramai golongan remaja tak kira lelaki ataupun perempuan mengalami masalah jerawat. Jerawat amat susah dihilangkan apatah lagi jenis jerawat batu ataupun jerawat yg berlubang tue..

Hari ini kita akan merungkai pelbagai masalah jerawat dan bagaimana mengatasinya dengan cara tradisional.

Cara-Caranya :

Ambil kelapa muda dan basuh muka anda dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka anda hingga ia kering sendiri. Setelah air kelapa itu kering anda cucilah muka anda dengan air sejuk. InshaAllah muka anda akan bersih dari kesan jerawat.

Selamat Mencuba.

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS.

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS. 
Petua, MENGHILANGKAN BAU TANDAS,

Tandas yang berbau akan meloyakan kita apabila memasuki tandas yang berbau busuk. Ini juga akan menjejaskan sekiranya ada tetamu yang datang ke rumah kita. Selain tempat tidur, tandas juga haruslah bersih dan berbau wangi. Ramai di antara kita membeli pewangi-pewangi di kedai-kedai untuk menghilangkan bau busuk.

Apa kata kita mencuba petua tradisional pula untuk menghilangkan bau busuk itu.

Cara-Cara Menghilangkan Bau Tandas :

Sekiranya anda peminum kopi, selalunya kita akan terus membuang hampas kopi tersebut.
Hampas kopi boleh menghilangkan bau tandas rumah anda.
Caranya sediakan hampas kopi yang telah dipakai dan masukkan ke dalam lubang tandas. 
Biarkannya seberapa lama yang mungkin dan setelah itu siramkan dengan air.
Mudah-mudahan hampas kopi ini akan menghilangkan terus bau busuk tandas anda.

Selamat Mencuba.

PETUA MEWANGIKAN ALMARI PAKAIAN.

PETUA MEWANGIKAN ALMARI PAKAIAN.
Petua Tradisional, Almari Pakaian Berbau

Assalamualaikum semua. Pernahkah anda terbau bau yang kurang menyenangkan di dalam almari pakaian anda? Sudah tentu pernah kan? Almari yang berbau mungkin disebabkan oleh pakaian yang anda jemur tidak terlalu kering dan juga mungkin masih lagi lembab. Mungkin juga almari pakaian anda mempunyai kayu yang berbau kuat. Atau juga disebabkan bau tahi lipas. 

Petua tradisional mungkin dapat menyelesaikan masalah ini dengan kaedah yang senang dan murah.

Bahan-Bahannya :

Daun pandan sahaja.

Cara-Caranya
 
Anda ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua
Potong-potongkannya menjadi kecil-kecil.
Anda letakkannya di dalam almari pakaian anda. 
Sila tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari anda letak di dalam almari pakaian anda.
Daun pandan dapat menghilangkan bau-bau yang tidak diingini di dalam almari pakaian anda.
InshaAllah....

Selamat Mencuba.

PETUA TRADISIONAL MENYEJUKKAN BADAN.

PETUA TRADISIONAL MENYEJUKKAN BADAN.
petua tradisional, sejukkan badan

Assalamualaikum semua. Ramai di kalangan kita mengalami badan yang panas atau berbahang. Ini bukan disebabkan demam panas tetapi disebabkan suhu dalam badan kita panas.

Berbagai cara boleh digunakan tetapi disini kita akan berkongsi menyejukkan badan secara petua tradisional.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyejukkan badan ;

2 biji buah epal
1 biji peria
1 cawan susu

Blenderkan semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi jus. Setelah siap anda boleh la terus meminumnya. Jika anda rasa susah atau mual anda boleh juga menambah ais untuk menambahkan kelazatannya.

Jus ini dapat mengurangkan panas di dalam badan anda dan sekaligus juga dapat menambahkan kesegaran badan anda.

Selamat Mencuba.