CARA-CARA MENENANGKAN HATI.
Setiap manusia pasti akan pernah merasakan jiwa atau hati yang tidak tenteram. Ini adalah disebabkan kekangan kerja atau pun masalah peribadi. Hati yang tenang akan menyebabkan seseorang itu akan dapat menikmati kehidupan yang selesa dan berkualiti.
Hati juga akan tenang bila kita sentiasa membuat kebaikan dan sentiasa ingat kepada Allah swt. Di bawah ini adalah tips-tips atau cara-cara untuk menenangkan hati kita dalam masa yang singkat
(1) Bernafas dalam-dalam- 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.
(2) Ikrar atau azam- Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.
(3) Regangkan badan- Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.
(4) Senyuman- Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.
(5) Minum air- Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.
(6) Pejam mata- Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.
(7) Dengar lagu- Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak
langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.
(8) Termenung sebentar- Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.
Semoga dengan perkongsian ini anda akan dapat menenangkan hati anda yang sedang rungsing itu dalam masa yang amat singkat.
ENJOY YOUR LIFE DAN SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH SWT.
KREDIT TO top5reason
Google Image |