PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN DARAH TINGGI.

PETUA TRADISIONAL MENURUNKAN DARAH TINGGI.




Google Image


Ramai di kalangan kita menghidap penyakit darah tinggi. Selain berpunca dari pemakanan, darah tinggi juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara-cara dan petua-petua tradisional boleh kita amalkan untuk menurunkan darah tinggi ini.

CARA 1 :
  • Ambil sebiji limau nipis dan dan perahkannya.
  • Anda boleh mencampur dengan air sejuk dan terus minum.
  • Jikalau terasa masam sangat anda campurkan sedikit gula.
  • Cuba amalkan setiap hari dan berkekalan.
CARA 2 :
  • Ambil timun dan blendkannya.
  • Amalkan meminum jus timun juga mampu menurunkan darah tinggi.
CARA 3 :
  • Ambil kulit kayu manis, bunga cengkih, dan sedikit pokok tebu gajah.
  • Campurkan ketiga nya dan rebus di dalam air panas.
  • Ramuan ini untuk meningkatkan kecerdasan diri selain menyembuhkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi.
  • Jika anda memang mengidap kencing manis jangan minum terlalu kerap ataupun terlalu banyak kerana ia akan menurunkan kadar gula anda secara mendadak.
CARA 3 :
  • Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja. Kemudian kisarkan atau tumbuk lobak putih itu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. 
  • Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.
  •  Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tersebut ke dalam gelas. 
  • Minum jus tersebut 2 kali sehari.
CARA 4 :
  •  Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.
InshaAllah petua-petua tradisional ini akan menurunkan darah tinggi anda.

Selamat Mencuba.