Petua Mengelakkan Muka Menjadi Sembab.

http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-mengelakkan-muka-menjadi-sembab.html
Petua Mengelakkan Muka Menjadi Sembab.

Petua tradisional ingin berkongsi bagaimana untuk mengelakkan muka menjadi sembab dan nampak tidak bermaya. Ramai di antara kita mempunyai muka yang agak sembab dan kelihatan seperti tidak bermaya.

Cara Pertama :
  • 1/4 camca madu lebah segar.
  • 1/4 camca teh.
  • 1/4 camca minyak zaitun.
  • 1 biji putih telur sahaja.
  • Sebiji limau nipis yang di ambil airnya sahaja.
  • 5 kuntum bunga melor.
  • 5 biji badam yang telah dikupas kulitnya.
Ambil semua bahan-bahan di atas haruslah dikisar halus. Ratakan ke seluruh muka anda dengan rapi dan biarkan selama 1 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air yang bersih.

Cara Kedua :
  • Ambil beras 1/2 kg.
  • 3 biji limau nipis yang telah di perah airnya.
Ambil beras dan basuh dengan bersih. Toskan air pada beras tersebut dan campurkan dengan air perahan limau nipis tadi. Goreng bahan-bahan tersebut tanpa menggunakan minyak dan api yang kecil. Goreng sehingga berubah menjadi hitam. Setelah dibiarkan sejuk teruskan dikisar menjadi halus. Tapis bahan yang telah dikisar tadi. Seterusnya bancuh dengan air (sebaik-baiknya menggunakan air tapisan). Bancuh sehingga pekat. Ratakan dengan perlahan-lahan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

Cara Ketiga :

Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengahari. Cuba amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.


Cubalah petua-petua tradisonal di atas.

~~~ Sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencubanya ~~~